Thursday, October 29, 2009

AKTIVITI 3 : LAPORAN KAJIAN TINDAKAN DALAM KOLOKIUM 2009

Kajian 1 : Meningkatkan keyakinan pelajar bermasalah pendengaran untuk berkomunikasi secara lisan dengan menggunakan kaedah "verbal repeatition" dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

TUJUAN KAJIAN

1.Meningkatkan keyakinan pelajar bermasalah pendengaran untuk berkomunikasi secara lisan dengan menggunakan kaedah "verbal repeatition" dalam P&P.

OBJEKTIF

1. Untuk meningkatkan keyakinan pelajar bermasalah pendengaran untuk berkomunikasi secara lisan dengan menggunakan kaedah "verbal repeatition" dalam P&P.

PENYATAAN MASALAH

1. Adakah kaedah "verbal repeatition" ini dapat meningkatkan keyakinan pelajar bermasalah pendengaran untuk berkomunikasi secara lisan dalam P&P.

2.Adakah pelajar bermasalah pembelajaran dapat menguasai sebutan istilah perkataan dalam P&P dengan menggunakan kaedah "verbal repeatition"

METODOLOGI, SETTING KAJIAN DAN SAMPLE KAJIAN

1.Kajian ini menggunakan model kajian Lingkaran Kemmis dan Mc Taggart (1988) yang melibatkan 4 proses perancangan kajian iaitu:
i) Perancangan-melihat masalah yang dihadapi oleh pelajar bermasalah pendengaran yang tidak yakin untuk berkomunikasi secara lisan dan seterusnya mencari penyelesaian atau membuat perancangan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
ii) Tindakan-guru menggunakan kaedah verbal repeatition dengan mengulang sebutan sebanyak 5 kali bagi setiap istilah yang diajar.Bulan pertama mengajar pelajar bermasalah pendengaran untuk menyebut perkataan. Tindakan guru ialah guru mengajar sebutan secara beramai-ramai.
Bulan kedua guru mengajar sebutan, kemudian pelajar mengikut sebutan guru.guru mengutamakan sebutan huruf-huruf vokal.Bulan ketiga, pelajar sudah berani keluar kehadapan dan menyebut perkataan
iii) Pemerhatian-guru memerhati setiap perubahan pelajar di mana terdapat peningkatan apabila guru mengulangi perkataan yang disebut.
iv) Refleksi-bulan pertama, guru membuat penambahbaikan daripada keadah yang digunakan. Bulan kedua, guru mendapati kedah pertama tidak berkesan iaitu mengajar sebutan secara beramai-ramai. Bulan ketiga, guru mendapati kedah yang digunakan berkesan iaitu mengulangi setiap sebutan dan menguji setiap pelajar.

2. Melibatkan 19 orang pelajar (Tingkatan 1, 2 dan 4) di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ibrahim Yaacob Batu 5 Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur.

PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA

1.Mengumpul data kajian melalui 4 cara iaitu;

i) Pemerhatian- melihat kepada tingkah laku dan ekspresi muka pelajar. Pada awalnya pelajar sukar dan berasa malu serta tidak yakin untuk berkomunikasi secara lisan.Pada kitaran yang ketiga iaitu bulan ketiga pelajar semakin yakin untuk berkomunikasi secara lisan dan menyebut istila-istilah yang diajar.Pelajar sudah berani dan yakin tampil kehadapan untuk menyebut istilah yang dipelajari.Wujud aktiviti bantu membantu di dalam kelas.

ii)Temubual-temubual dilakukan secara tidak formal di antara pelajar.Sesetengah pelajar sukar untuk menyebut perkataan yang mengandungi huruf-huruf konsonan. Kemudian kaedah verbal repeatition digunakan untuk meningkatkan sebutan pelajar.Akhirnya pelajar berasa seronok kerana diberi pendedahan untuk menyebut istilah-istilah yang agak sukar.

iii)Rakaman-rakaman dilakukan untuk melihat tingkah laku dan ekspresi muka pelajar sebelum, semasa dan selepas kajian ini.Pada awal kaedah digunakan pelajar kurang yakin dan malu untuk berkomunikasi dan menyebut istilah perkataan. Pada bulan ketiga,pelajar menunjukkan keyakinan dan berani tampil kehadapan untuk menyebut istilah yang diajar oleh guru.Sebutan pelajar meningkat dan bertambah baik.

iv) Dairi-merupakan catatan peribadi guru tentang perkembangan pelajar.Selain itu, perubahan dan peningkatan pelajar di catat melalui Rancangan Pengajaran Harian (RPH).

2.Kajian menunjukkan bahawa kaedah verbal repeatition yang digunakan mampu meningkatkan keyakinan pelajar untuk berkomunikasi secara lisan.

3.Berdasarkan kepada keputusan kajian yang diperolehi mendapati bahawa sebanyak 70% pelajar sudah mula menunjukkan keyakinan mereka untuk bertutur semasa proses P&P.

IMPLIKASI KAJIAN

i) Kaedah yang digunakan dapat meningkatkan keyakinan dan motivasi pelajar
ii)Pelajar berpeluang untuk membetulkan sebutan istilah-istilah yang agak sukar.
iii) Guru berjaya membantu pelajar yang pasif untuk aktif di dalam kelas.

APA YANG ANDA PELAJARI DARIPADA KAJIAN INI

i) Pada awalnya sukar untuk mengajar pelajar bermasalah pendengaran untuk berkomunikasi secara lisan, tetapi dengan usaha dan kesungguhan guru akhirnya berjaya membantu mereka untuk berkomunikasi. Kaedah yang digunakan diaplikasikan dengan baik dan ia dapat membantu melahirkan impak yang positif dalam diri pelajar.

ii) Melalui kajian ini, guru dapat membantu dan memberi keyakinan kepada pelajar bermasalah pendengaran bahawa mereka masih mampu untuk berkomunikasi secara lisan dan bertutur dengan baik.

Kajian 2 : Peranan soal-jawab pelajar untuk meningkatkan penglibatan dan minat pelajar dalam subjek biologi.

TUJUAN KAJIAN

Peranan soal-jawab pelajar untuk meningkatkan penglibatan dan minat pelajar dalam subjek Biologi.

OBJEKTIF

1) Menggalakkan kerjasama di kalangan pelajar
2) Meningkatkan keyakinan pelajar untuk bertanya dan menjawab pertanyaan.
3)Menggalakkan pelajarmenganalisis dengan lebih mendalam topik yang diberikan dan mencari soalan untuk bertanya.
4) Memberi peluang kepada pelajar untuk menjawab soalan yang dikemukan oleh rakan dengan pelbagai cara.

PERSOALAN KAJIAN

1) Sejauhmanakah peranan soal-jawab pelajar dapat meningkatkan penglibatan dan minat pelajar dalam subjek Biologi.


METODOLOGI, SETTING DAN SAMPLE KAJIAN

1) Kajian ini dijalankan secara kolaboratif antara dua orang guru dan melibatkan seramai 50 orang pelajar daripada dua kelas yang berbeza.

2) Intervensi yang dijalankan memerlukan pelajar bekerjasama dalam kumpulan untuk mereka soalan dan kemudian saling menyoal soalan kepada kumpulan lain.

3) Kesan intervensi dinilai melalui ujian pra dan ujian pos, penerhatian guru terhadap gerak balas pelajar, temubual dan refleksi pelajar.

4) Metodologi kajian yang digunakan adalah seperti berikut:
i) Mengenalpasti masalah dan isu kajian
ii) Analisis masalah
iii) Konseptualisasi masalah
iv) Pembentukan plan tindakan dan penetapan instrumen kajian/ kaedah penilaian.
v) Perlaksanaan tindakan
vi) Pengutipan data dan analisis data.
vii) Refleksi dan penilaian.

PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA

1) Ujian pos- peratus pelajar mencapai gred A meningkat sebanyak 39%
2) Markah ujian-ujian pre 63.2%
- ujian pos 78.1%
3) Peningkatan pencapaian menunjukkan peranan soal-jawab pelajar dapat membantu meningkatkan kefahaman dan penguasaan sesuatu topik dengan mudah.
4) Dapatan kajian mendapati teknik soal-jawab antara pelajar ternyata berjaya dalam meningkatkan minat dan penglibatan pelajar dalam kelas.

IMPLIKASI KAJIAN

1) Teknik soal jawab berjaya menimbulkan kerjasama sesama pelajar dan meningkatkan keyakinan serta mengikis perasaan malu pelajar semasa bertanya soalan.
2) Setiap pelajar dalam kumpulan terlibat secara aktif dalam perbincangan sesama sendiri dan bersungguh-sungguh semasa bersoal jawab.
3) Pelajar memberi komitmen yang terbaik untuk bertanya dan cuba memberikan jawapan yang terbaik.
4) Pelajar minat dengan aktiviti kerana mereka diberi peluang untuk bertanyakan soalan kepada rakan mereka sendiri.
5) Mengurangkan rasa takut untuk bertanya.

APA YANG ANDA PELAJARI DARIPADA KAJIAN INI

1) Dapat mempelbagaikan teknik pembelajaran pelajar bagi meningkatkan prestasi pelajar dalam sesuatu subjek.
2) Dapat mengetahui apa yang pelajar gemari bagi mendapatkan teknik pembelajaran yang terbaik.
3) Dapat melihat kesungguhan pelajar dalam menuntut ilmu.


RUMUSAN KEDUA-DUA KAJIAN

1. Kedua-dua kajian ini merupakan satu kajian tindakan kerana terdapat masalah yang harus diselesaikan dan terdapat cara atau kedah yang digunakan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Setiap masalah mempunyai objektif dan objektif tercapai di setiap akhir kajian yang dibuat.

2. Kedua-dua kajian mengikut prosedur dalam kajian tindakan iaitu mempunyai metodologi yang sesuai, terdapat permasalahan dan setting kajian.Menggunkan model kajian tindakan yang sesuai, cara pengumpulan dan penganalisisan data yang teratur serta hasil yang telah dipraktikan dan terdapat perubahan yang positif.

Sunday, October 25, 2009

AKTIVITI 5 : Kepentingan Kajian Tindakan Kepada Pendidik

Kepentingan kajian tindakan kepada pendidik:

1) Guru bertindak sebagai penyelidik semasa guru membina teori tentang situasi kerja mereka melalui refleksi, inkuiri dan tindakan.

2) Guru bertindak sebagai perekabentuk kurikulum berasakan dapatan kajian mereka.

3) Dengan kajian yang dijalankan, guru boleh menambah pengetahuan sedia ada untuk meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran.

4) Guru berperanan sebagai guru apabila mereka menyesuaikan amalan mereka berdasarkan kesimpulan yang dibuat dalam kajian.

5) Guru serta pihak-pihak lain dapat mencari kesefahaman yang lebih baik tentang pendidikan dan persekolahan bagi meningkatkan kualiti pengalaman persekolahan.

6) Dapat meningkatkan kualiti modal insan supaya menjadi lebih kreatif dan inovatif.

7) Guru mendapat ilmu dan sumber maklumat bagi meningkatkan amalan, kemahiran, teknik, strategi dan perubahan pengajaran demi untuk memberi impak kepada pelajar.

8) Melalui penyelidikan yang telah dijalankan, ia memberi ruang bagi guru untuk belajar tentang diri mereka, pelajar mereka dan dapatan kajian guru lain.

9) Guru boleh menukar polisi, rancangan dan keperluan mengenai pengajaran atau program yang telah dibina sebelum proses pengajaran program itu bermula sekali lagi.

10) Guru dapat meneliti peranan mereka supaya dapat menyesuaikan diri dengan budaya dan teknologi baru serta perubahan-perubahan yang berlaku.

MENGAPA GURU NOVIS PERLU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN?

1) Untuk mengetahui bagaimana untuk menguruskan kelas.

2) Untuk mengetahui tingkah laku pelajar.

3) Untuk melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.

4) Langkah pertama untuk mengenali pelajar dari segi sosial, kepercayaan dan masyarakat sekeliling.

5) Untuk meningkatkan kemampuan guru dalam menganalisis tentang apa yang telah mereka praktikan.

6) Permulaan untuk meluaskan kerjaya dan prosedur sebagai seorang guru.

7) Untuk meningkatkan komitmen dalam pengajaran dan pembelajaran.

8) Menggalakkan perubahan positif dan menjadikan guru sebagai agen perubahan.

SEBAB MEMILIH TAJUK MINI KAJIAN TINDAKAN INI

TAJUK MINI KAJIAN TINDAKAN: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN MENGGUNAKAN KAEDAH PEMBELAJARAN INKUIRI(PENEMUAN) BERASASKAN BAHAN MAUJUD.

1. Untuk menjana minda pelajar
2. Untuk mewujudkan pembelajaran berpusatkan pelajar
3. Untuk menjadikan pelajar lebih kreatif dan inovatif
4. Untuk menggalakan pelajar berfikir diluar kotak fikiran
5. Untuk menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan menarik kepada pelajar
6. Membolehkan apa yang dipelajari disimpan dalam long term memori.