Thursday, December 17, 2009

ANALISIS DATA & PELAPORAN

TAJUK BUKU : ACTION RESEARCH IN HIGHER EDUCATIONAUTHOR: ORTRUN ZUBER-SKERRITT.

BAGAIMANA DATA DIANALISIS

Dalam buku ini kajian dibuat adalah kepada pelajar yang ingin membuat reseach dan juga penulisan ilmiah yang mana pensyarahnya cuba untuk mempertingkatkan kajian dan penulisan ilmiah pelajarnya dengan melakukan kajian tindakan.Pengumpulan data untuk kajian ini adalah daripada bengkel yang dibuat oleh pensyarah tersebut, yang mana dalam bengkel ini pelbagai masalah tentang penulisan dan kajian serta cara membuat kajian dan penulisan ilmiah yang sebenarnya didedahkan kepada pelajar. yang mana data di kumpul berdasarkan

1. Open-ended questioner kepada pelajarnya berkenaan bengkel tersebut
2. temubual tidak berstruktur kepada pelajarnya selepas bengkel tersebut
3. rakaman video.

Pensyarah menganalis data yang telah dikumpul ini berdasarkan tindakbalas
pelajar terhadap bengkel yang dijalankan. yang mana data-data tersebut terlebih dahulu akan:

1. Disemak, dibaca dan mendengar data-data yang dikumpul itu
2. susunatur dan membuat indeks ke atas data untuk memudahkan proses mencari dan dan mengenalpasti data
3. meneroka perhubungan antara data-data yang diperolehi
4. membuat kesimpulan terhadap data yang diperolehi
5. menulis laporan akhir berkenaan kajia yang dijalankan.

Analisis dari pengumpulan data yang diperolehi ini didapati bengkel ini berjaya memotivasikan serta meningkatkan keyakinan dalam diri pelajar untuk membuat penulisan ilmiah dan juga kajian, yang mana tindak balas yang diperolehi dari pelajar juga mereka menyatakan bahawa program ini perlu diteruskan kepada pelajar-pelajar baru akan datang.

Kekuatan cara penganalisian data

1. Data dikumpul dan diperolehi dari pihak yang terlibat dalam bengkel itu sendiri
2. Pengkaji menggunakan pelbagai kaedah untuk mendapatkan data kajian
3. Pengkaji sendiri yang terlibat secara langsung dalam mengumpul, menganalisis dan penilaian dari data yang diperolehi.

Kelemahan cara penganalisisan data

1. pengkaji hanya bergantung kepada bengkel tersebut sahaja.

JURNAL 1 : Action Research on the Development of a Caring Curriculum inTaiwan: Part II.

Penulis: Jane Lee-Hsieh,MSN,RN;Chien-Lin Kuo,MS,RN;Michael A.Turton,MA;Chin-Lung Hsu,MS;and Hsiu-Chi Chu, MS

analisis data.

pengkaji telah menganalisis data melalui dua cara, iaitu:

1. data kualitatif

- melalui jurnal dan laporan dalam kumpulan kecil yang menunjukkan kefahaman pelajar tentang pelbagai kefahaman tentang pelbagai perkara yang terdapat dalam dunia yang sebenar, bukan semata-mata pesakit yang ingin dirawat.

- memahami pelbagai kemahiran untuk diaplikasikan dalam keperluan penjagaan pesakit.

- contoh: -mempelajari pelbagai manuasia di pelbagai peringkat umur dan drai aspek yang berbeza yang memerlukan pelbagai kemahiran penjagaan.

- pelukan dan sentuhan akan menimbulkan perasaan selesa dan baik.

- tindakbalas pelajar :

i. kos ini harus dipelajari oleh semua pelajar di auniversiti ini.
ii. kos ini sangat seronok-banyak aktiviti iaitu daripada video kepada simulasi kepada mempratikkan sendiri.
iii. kos / kelas yang dapat memberikan peluang kepada pelajar untuk memberikan pendapat/idea sendiri.
iv. boleh atau berpeluang membuat jurnal daripada pengalaman sendiri.

2. data kuantitatif

- berdasarkan daripada keputusan positif daripada data kualitatatif
-berdasarakan soal selidik.
-91% daripada 147 daripada laporan pesakit menyatakan pelajar selalu menun jukkan sikap ambil berat yang tinggi.
- 81% laporan pesakit menyatakan pelajar menunjukkan sikap profesional yang rendah , ini disebabkan pelajar merupakan jururawat baru/ pengalaman baru.

kekuatan

-melihat kepada data kuantitatif dan data kualitatif yang melihat kesan secara keseluruhan antara pelajar dan pesakit.


kolokium -Meningkatkan keyakinan pelajar bermasalah pendengaran untuk berkomunikasi secara lisan dengan menggunakan kaedah "verbal repeatition" dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

-Kajian menunjukkan bahawa kaedah verbal repeatition yang digunakan mampu meningkatkan keyakinan pelajar untuk berkomunikasi secara lisan.

-Berdasarkan kepada keputusan kajian yang diperolehi mendapati bahawa sebanyak 70% pelajar sudah mula menunjukkan keyakinan mereka untuk bertutur semasa proses P&P.

Thursday, December 3, 2009

AKTIVITI 13 : TUGASAN 4- MINI KAJIAN TINDAKAN

TAJUK MINI KAJIAN TINDAKAN: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN MENGGUNAKAN KAEDAH PEMBELAJARAN INKUIRI(PENEMUAN) BERASASKAN BAHAN MAUJUD.

TEORI

1) Lateral Thinking (de Bono)

-Perkara utama dalam teori Lateral Thinking ialah terdapat banyak masalah yang memerlukan perspektif yang berbeza dalam menyelesaikan masalah.

-De Bono mengenalpasti empat faktor kritis yang berkaitan dengan Lateral Thinking, iaitu:

  1. mengenalpasti idea-idea yang dominan dari persepsi sesuatu masalah.
  2. cara pencarian yang berbeza dalam memandang sesuatu perkara.
  3. pengawalan fikiran secara tenang
  4. menggunakan perubahan dalam menggalakkan idea yang baru.

-Melihat kepada relevan yang tinggi dalam konsep kreativiti.

-skop/aplikasi-Lateral Thinking diaplikasikan dalam menyelesaikan masalah manusia. De Bono(1971a) membincangkan tentang pengaplikasian lateral thinking untuk pengurusan pembangunan dan De Bono (1971b) menyediakan minat dalam pembelajaran di kalangan kanak-kanak. Sesetengah daripada kerja ini di fokuskan di sekolah.

-Prinsip- untuk mendapatkan perspektif yang berbeza dalam sesuatu masalah, cuba menyelesaikan isu-isu yang berbangkit dan menyarankan cara penyelesaian dalam yang berbeza.

2) Teori Pembelajaran Kognitif

- di asaskan oleh Jean Piaget yang berasal dari Switzelang iaitu seorang ahki psikologi yang terkenal dalam bidang pendidikan.

-daripada kajian dan pemerhatian beliau, Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut perubahan hidup mereka.

-Piaget membahagikan empat peringkat ini sebagai :

i. peringkat deria motor (0-2 tahun)

ii. peringkat pra operasi (2-7 tahun)

iii. peringkat operasi konkrit ( 7-12 tahun)

iv. peringkat operasi formal (selaps 12 tahun)

-setiap peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak merupakan faktor penting yang mempengaruhi pembentukan konsep, sama ada konkrit atau abstrak.

- teori pembelajaran kognitif Piaget (1970), terkandung lima konsep asas iaitu:

i. skema

ii. adaptasi

iii. asimilasi

iv. keseimbangan

v. akomodasi.

-mengikut Teori Pembelajaran Kognitif Piaget, isi pembelajaran hendaklah di susun mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak, iaitu daripada konkrit kepada abstrak, daripada dekat kepada jauh, daripada pengalaman sedia ada kepada pengalaman baru, daripada kasar kepada halus, mengikut perkembangan fizikal individu.

-kesimpulannya, kedua-dua teori ini adalah melihat kepada skop atau fokus kajian iaitu pembelajaran secara inkuiri .


STRATEGI / KAEDAH

- strategi yang digunakan adalah berdasarkan atau melihat kepada cara atau teknik yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran, iaitu:

i. berpusatkan guru- kuliah dan penerangan

ii. berpusatkan pelajar- mencipta sesuatu atau menjana idea.

iii. kaedah demontrasi- murid menerangkan atau mengembangkan idea.


PENDEKATAN

-pendekatan yang digunakan ialah pendekatan inkuiri atau penemuan.

KERANGKA TEORITIKAL



IV) KERANGKA TEORITIKAL



KERANGKA KONSEPTUAL

-kerangka konseptual dihuraikan berdasarkan kepada komponen atau konsep yang terdapat di dalam kerangka teoritikal, iaitu :

i. mengenalpasti masalah-sebelum kajian dijalankan, guru telah mengenalpasti sesuatu masalah yang berlaku kepada murid. Perancangan kajian bermula dengan mencari atau mengenalpasti masalah yang wujud dalam bilik darjah atau di sekolah yang berkaitan dengan P&P. Sebarang isu yang berkaitan dengan pendidikan khususnya yang melibatkan P&P di bilik darjahjuga boleh dijadikan asas untuk memulakan kajian. Satu lagi asas untuk memulakan kajian ialah keprihatinan penyelidik terhadap pelajar seperti yang berkaitan dengan masa depan mereka.

ii. strategi-mengikut kerangka teoritikal , komponen yang terdapat pada iailah kaedah dan teori yang digunakan.

a. teknik- teknik yang digunakan untuk mengumpul dan mendapatkan data ialah teknik yang dijalankan semasa proses P&P iaitu demontrasi dan penerangan guru.demontrasi dalam kajian ini bermaksud semasa proses P&P, murid menerangkan tentang bahan maujud yang telah mereka gunakan semasa di dalam bilik darjah. manakala penerangan pula merupakan proses yang dijalankan oleh guru di awal dan di akhir proses P&P.

b. kaedah- kaedah yang digunakan semasa menjalankan kajian ini ialah kaedah penemuan atau inkuiri, di mana murid sendiri yang akan mencari atau meneroka pembelajaran berdasarkan bahan maujud yang diberikan oleh guru.

c. teori- teori yang digunakan dalam kajian ini ialah Teori Literal Thingking oleh De Bono dan Teori Pembelajaran Kognitif oleh Piaget.(penerangan seperti diatas)

d. metodologi- metodologi yang digunakan semasa kajian adalah berdasarkan Model Kemmis dan Mc Tagen.

iii. tindakan-tindakan akan dilakukan setelah strategi yang dirangka lengkap dan sesuai dengan masalah yang telah dikenalpasti.

iv. penilaian- pada peringkat penilaian, pengkaji akan menilai atau menganalisis data yang diperolehi dengan melihat kepada objektif dan persoalan kajian.

v. refleksi- refleksi adalah melihat kepada keputusan yang telah diperolehi dalam proses analisis atau penilaian data.Data yang dianalisis memberikan gambaran yang jelas tentang perkara atau situasi yang dikaji. Analisis itu juga menjadi asas kepada guru untuk merancang aktiviti P&P seterusnya atau mengubahsuai atau membuat penambahbaikan dalam aktiviti yang telah dijalankan.

vi. pengulangan- proses pengulangan ini dijalankan jika terdapat atau timbul masalah baru dikenalpasti hasil daripada atau ekoran daripada data kajian yang telah dijalankan. pengulangan juga bertujuan untuk penambahbaikan dan pemurniaan sesuatu kajian.

vii. perbincangan- perbincangan di sini bermaksud, apabila guru telah berjaya menyelasaikan atau mengatasi masalah yang dihadapi murid, maka satu perbincangan dengan guru lain akan dilakukan yang bertujuan untuk mengembangkan kajian secara profesional.perkembangan ini boleh dilakukan secara merencanakan melaui jurnal atau artikel.


KERANGKA OPERASIONAL KAJIAN



-dalam kerangka operasional, kajian di mulakan dengan input iaitu mengenalpasti masalah kajian yang melihat kepada masalah yang terdapat di bilik darjah.

-proses pula melihat kepada kerangka atau model yang telah dibina untuk menjalankan kajian ini.dua bulatan dalam peringkat proses merupakan lingkaran kerangka konseptual yang dijalankan oleh pengkaji.jika, masalah dapat diselesaikan pada lingkaran pertama, maka lingkaran kedua tidak akan dilaksanakan. tetapi, jika masih terdapat atau timbul masalah pada lingkaran pertama, maka lingkaran kedua akan dijalankan. proses ini akan berterusan sehingga pengkaji berpuas hati pada kajian atau data kajian yang dijalankan.

-output-output di sni melihat hasil kajian iaitu data yang diperolehi mencapai objektif kajian dan menjawab segala persoalan kajian.

Tuesday, December 1, 2009

AKTIVITI 12 : PEMURNIAAN

MINI KAJIAN TINDAKAN

TAJUK: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN PENEMUAN (ENQUIRY LEARNING)BERASASKAN BAHAN MAUJUD.

MATLAMAT KAJIAN

Penerapan pembelajaran secara KBKK kepada pelajar.

OBJEKTIF KAJIAN

i) Menggalakkan pelajar aktif berfikir berdasarkan penerokaan.
ii) Menggalakkan pembelajaran secara 'thing pair share'.
iii) Meningkatkan kreativiti dan keyakinan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

PENYATAAN MASALAH

i) Pelajar malas berfikir semasa proses pengajaran dan pembelajaran sebaliknya lebih suka menerima atau mendengar pengajaran daripada guru.
ii) Proses pengajaran dan pembelajaran lebih kepada teknik berpusatkan guru.

PERSOALAN KAJIAN

Adakah kaedah inkuiri ini dapat memperlihatkan kreativiti pelajar di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

AKTIVITI 11:TUGASAN 2-JURNAL

JURNAL 1: Action Research On the Development of Caring Curriculum in Taiwan:Part II
Penulis: Lee-Hsieh,MSN,RN;Chien-Lin Kuo,MS.RN;Michael A.Turton,MA;Chin-Lung Hsu,MS;and Hsiu-Chi Chu,MS.


PENYATAAN MASALAH


1. Kajian ini dijalankan berdasarkan penurunan atau kurang kemahiran secara praktikal yang dilakukan oleh pelajar-pelajar dalam bidang kejururawatan dalam kursus penjagaan pesakit.

2.Pensyarah melihat atau mencari jalan penyelesaian dengan membuat penilaian terhadap tahap kemahiran pelajar melalui ujian atau teori.



JURNAL 2: Action Research in Language Teacher Education

Penulis: Christine Thorne dan Wang Qiang

PENYATAAN MASALAH

1. Melihat refleksi yang diterima daripada para guru dan pelajar bahasa inggeris di kawasan pendalaman di China yang kurang dalam penguasaan atau lemah bahasa inggeris.

2. Masalah dilihat daripada kesan kelemahan bahasa inggeris melalui penurunan nilai peratusan peperiksaan yang diperolehi bagi mata pelajaran bahasa inggeris bagi pelajar-pelajar di kawasan pendalaman China.


JURNAL 3: Teaching Portfolios (Tools For Reflective Teaching in Inner-City Teacher Induction)

Penulis: Ann L.Wood.


PENYATAAN MASALAH

1. Melihat penggunaan atau pengaplikasian kaedah berpusatkan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

2. Guru-guru kurang menggunakan kaedah berpusatkan pelajar dan gemar menjalankan pengajaran kepada kaedah berpusatkan guru.

3. Untuk meningkatkan penerimaan pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran dan pembelbagaikan teknik atau kaedah pengajaran di dalam kelas.

AKTIVITI 10: TUGASAN 1-BUKU

TAJUK BUKU: ACTION RESEARCH IN HIGHER EDUCATION-examples and reflections.

Buku ini bertujuan untuk meningkatkan praktikal, kemahiran dan situasi dalam pengajaran dan pembelajaran bagi pensyarah dan pelajar di institusi pendidikan tinggi.

Buku ini mengandungi tiga bahagian utama iaitu kajian tindakan dalam pendidikan tinggi (Bab 1), contoh-contoh kajian tindakan (Bab 2-4) dan refleksi tentang kajian tindakan (Bab 5-6).

Mengenal masalah kajian tindakan

Masalah merupakan satu perkara yang hendak dicari jalan penyelesaiannya.sesuatu yang didapati tidak memuaskan, belum diselesaikan, terdapat kesukaran, sesuatu yang perlu diubah, sesuatu berjalan tidak seperti yang diharapkan. Melibatkan sesuatu yang menjadi perhatian, prihatin , minat penyelidik, keadaan yang hendak dipertingkatkan, kesukaran yang hendak dihapuskan, persoalan yang hendak dicari jawapannya. Oleh itu bukanlah satu perkara yang mudah bagi seseorang penyelidik untuk membina satu masalah yang mudah, ringkas, jelas dan lengkap.

Masalah penyelidikan pada asasnya dimulakan dengan persoalan yang merupakan fokus atau tumpuan utama kepada penyiasatan penyelidikan.

Mengenal pasti masalah kajian tindakan dalam buku ini pengkaji melakukan beberapa perkara dalam mengenalpasti masalah kajian tindakan.

1. Pensyarah pada awalnya( permulaan semester) mengnalpasti personal, motivasi dan keperluan sosial pelajar serta menyediakan persekitaran sokongan melalui bengkel perbincangan.

2. Membincangkan masalah utama yang dihadapi oleh pelajar dalam menjalankan kajian dalam bengkel tersebut.

3. Meningkatkan kesedaran pelajar terhadap pelbagai pendekatan epistimologi dan method kajian dalam "problem and method of research" yang mana lebih menekankan perbincangan dan tidak melalui syarahan

4. Membantu pelajar membina kajian yang berkesan melalui "learning conversation"

yang mana fokus pensyarah pada masa ini ialah menumpukan proses research yang dilakukan oleh pelajarnya. dari sinilah pensyarah mengenalpasti masalah kajian tindakan tersebut yang mana dia cuba untuk mengatasi masalah yang ditemui itu dengan cara meningkatkan latihan dalam pengajian tinggi ini yang mana pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan perlulah lebih bermakna yang mana ianya akan dapat diaplikasikan dalam satu-satu situasi baru nanti.

Saturday, November 21, 2009

AKTIVITI 9: TUGASAN 4- MINI KAJIAN TINDAKAN

TAJUK MINI KAJIAN TINDAKAN: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN MENGGUNAKAN KAEDAH PEMBELAJARAN INKUIRI(PENEMUAN) BERASASKAN BAHAN MAUJUD.

MATLAMAT KAJIAN

- Penerapan pembelajaran secara KBKK kepada pelajar.

OBJEKTIF KAJIAN

i) Menggalakkan pelajar aktif berfikir berdasarkan penerokaan.

ii) Menggalakkan pembelajaran secara 'thing pair share'.

iii) Meningkatkan kreativiti dan keyakinan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

PENYATAAN MASALAH

i) Pelajar malas berfikir semasa proses pengajaran dan pembelajaran sebaliknya lebih suka menerima atau mendengar pengajaran daripada guru.

ii) Proses pengajaran dan pembelajaran lebih kepada teknik berpusatkan guru.

PERSOALAN KAJIAN

- Adakah kaedah inkuiri ini dapat memperlihatkan kreativiti pelajar di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

AKTIVITI 8 : TUGASAN 4- MINI KAJIAN TINDAKAN

CADANGAN UNTUK MENGATASI KELEMAHAN PENGAJARAN-PENGAJARAN SUBJEK BERKENAAN, BERDASARKAN:

i) Cadangan secara individu:


-Guru harus menggunakan arahan yang tepat atau sesuai supaya pelajar benar-benar faham dengan kehendak pembelajaran. Sebelum memulakan pengajaran, pelajar pasti akan tertanya-tanya apa yang apa dipelajari pada hari ini. Apabila guru mula masuk ke dalam kelas terutamanya guru yang menggunakan kaedah inkuiri ini, maka guru harus memberi penerangan atau arahan yang jelas dan tepat dengan menggunakan bahasa yang di fahami agar pelajar dapat memahami apa yang kehendak pembelajaran pada hari tersebut. Selain itu, guru harus tahu apa yang harus dilakukan oleh pelajar dan apa peranan guru semasa proses pembelajaran sedang dijalankan iaitu lebih kepada teknik "scafolding" agar pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.



ii) Cadangan secara kumpulan :

- Guru harus memberi fokus kepada pembelajaran ke arah berpusatkan pelajar agar objektif pembelajaran pada hari tersebut tercapai. Apabila guru lebih banyak bercakap berbanding membantu, maka pembelajaran yang pada asalnya lebih fokus ke arah berpusatkan pelajar akan lebih ke arah berpusatkan guru. Semasa proses pembelajaran, guru harus menjadi pembimbing kepada pelajar agar pelajar dapat meneroka sendiri pembelajaran.

iii) Cadangan kumpulan lain:

- Guru harus bijak memantau pelajar agar semua pelajar bekerjasama dalam melaksanakan tugas yang di beri. Guru harus peka terhadap setiap pelajarnya agar semua pelajar dapat menjalankan pembelajaran secara inkuiri ini. Ini amat penting kerana, setiap apa yang akan di pelajari pelajar pada hari tersebut adalah bergantung kepada pemahaman dan penerimaan pelajar sendiri terhadap pembelajaran tersebut.

iv) literatur review