Thursday, December 3, 2009

AKTIVITI 13 : TUGASAN 4- MINI KAJIAN TINDAKAN

TAJUK MINI KAJIAN TINDAKAN: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN MENGGUNAKAN KAEDAH PEMBELAJARAN INKUIRI(PENEMUAN) BERASASKAN BAHAN MAUJUD.

TEORI

1) Lateral Thinking (de Bono)

-Perkara utama dalam teori Lateral Thinking ialah terdapat banyak masalah yang memerlukan perspektif yang berbeza dalam menyelesaikan masalah.

-De Bono mengenalpasti empat faktor kritis yang berkaitan dengan Lateral Thinking, iaitu:

  1. mengenalpasti idea-idea yang dominan dari persepsi sesuatu masalah.
  2. cara pencarian yang berbeza dalam memandang sesuatu perkara.
  3. pengawalan fikiran secara tenang
  4. menggunakan perubahan dalam menggalakkan idea yang baru.

-Melihat kepada relevan yang tinggi dalam konsep kreativiti.

-skop/aplikasi-Lateral Thinking diaplikasikan dalam menyelesaikan masalah manusia. De Bono(1971a) membincangkan tentang pengaplikasian lateral thinking untuk pengurusan pembangunan dan De Bono (1971b) menyediakan minat dalam pembelajaran di kalangan kanak-kanak. Sesetengah daripada kerja ini di fokuskan di sekolah.

-Prinsip- untuk mendapatkan perspektif yang berbeza dalam sesuatu masalah, cuba menyelesaikan isu-isu yang berbangkit dan menyarankan cara penyelesaian dalam yang berbeza.

2) Teori Pembelajaran Kognitif

- di asaskan oleh Jean Piaget yang berasal dari Switzelang iaitu seorang ahki psikologi yang terkenal dalam bidang pendidikan.

-daripada kajian dan pemerhatian beliau, Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut perubahan hidup mereka.

-Piaget membahagikan empat peringkat ini sebagai :

i. peringkat deria motor (0-2 tahun)

ii. peringkat pra operasi (2-7 tahun)

iii. peringkat operasi konkrit ( 7-12 tahun)

iv. peringkat operasi formal (selaps 12 tahun)

-setiap peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak merupakan faktor penting yang mempengaruhi pembentukan konsep, sama ada konkrit atau abstrak.

- teori pembelajaran kognitif Piaget (1970), terkandung lima konsep asas iaitu:

i. skema

ii. adaptasi

iii. asimilasi

iv. keseimbangan

v. akomodasi.

-mengikut Teori Pembelajaran Kognitif Piaget, isi pembelajaran hendaklah di susun mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak, iaitu daripada konkrit kepada abstrak, daripada dekat kepada jauh, daripada pengalaman sedia ada kepada pengalaman baru, daripada kasar kepada halus, mengikut perkembangan fizikal individu.

-kesimpulannya, kedua-dua teori ini adalah melihat kepada skop atau fokus kajian iaitu pembelajaran secara inkuiri .


STRATEGI / KAEDAH

- strategi yang digunakan adalah berdasarkan atau melihat kepada cara atau teknik yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran, iaitu:

i. berpusatkan guru- kuliah dan penerangan

ii. berpusatkan pelajar- mencipta sesuatu atau menjana idea.

iii. kaedah demontrasi- murid menerangkan atau mengembangkan idea.


PENDEKATAN

-pendekatan yang digunakan ialah pendekatan inkuiri atau penemuan.

KERANGKA TEORITIKAL



IV) KERANGKA TEORITIKAL



KERANGKA KONSEPTUAL

-kerangka konseptual dihuraikan berdasarkan kepada komponen atau konsep yang terdapat di dalam kerangka teoritikal, iaitu :

i. mengenalpasti masalah-sebelum kajian dijalankan, guru telah mengenalpasti sesuatu masalah yang berlaku kepada murid. Perancangan kajian bermula dengan mencari atau mengenalpasti masalah yang wujud dalam bilik darjah atau di sekolah yang berkaitan dengan P&P. Sebarang isu yang berkaitan dengan pendidikan khususnya yang melibatkan P&P di bilik darjahjuga boleh dijadikan asas untuk memulakan kajian. Satu lagi asas untuk memulakan kajian ialah keprihatinan penyelidik terhadap pelajar seperti yang berkaitan dengan masa depan mereka.

ii. strategi-mengikut kerangka teoritikal , komponen yang terdapat pada iailah kaedah dan teori yang digunakan.

a. teknik- teknik yang digunakan untuk mengumpul dan mendapatkan data ialah teknik yang dijalankan semasa proses P&P iaitu demontrasi dan penerangan guru.demontrasi dalam kajian ini bermaksud semasa proses P&P, murid menerangkan tentang bahan maujud yang telah mereka gunakan semasa di dalam bilik darjah. manakala penerangan pula merupakan proses yang dijalankan oleh guru di awal dan di akhir proses P&P.

b. kaedah- kaedah yang digunakan semasa menjalankan kajian ini ialah kaedah penemuan atau inkuiri, di mana murid sendiri yang akan mencari atau meneroka pembelajaran berdasarkan bahan maujud yang diberikan oleh guru.

c. teori- teori yang digunakan dalam kajian ini ialah Teori Literal Thingking oleh De Bono dan Teori Pembelajaran Kognitif oleh Piaget.(penerangan seperti diatas)

d. metodologi- metodologi yang digunakan semasa kajian adalah berdasarkan Model Kemmis dan Mc Tagen.

iii. tindakan-tindakan akan dilakukan setelah strategi yang dirangka lengkap dan sesuai dengan masalah yang telah dikenalpasti.

iv. penilaian- pada peringkat penilaian, pengkaji akan menilai atau menganalisis data yang diperolehi dengan melihat kepada objektif dan persoalan kajian.

v. refleksi- refleksi adalah melihat kepada keputusan yang telah diperolehi dalam proses analisis atau penilaian data.Data yang dianalisis memberikan gambaran yang jelas tentang perkara atau situasi yang dikaji. Analisis itu juga menjadi asas kepada guru untuk merancang aktiviti P&P seterusnya atau mengubahsuai atau membuat penambahbaikan dalam aktiviti yang telah dijalankan.

vi. pengulangan- proses pengulangan ini dijalankan jika terdapat atau timbul masalah baru dikenalpasti hasil daripada atau ekoran daripada data kajian yang telah dijalankan. pengulangan juga bertujuan untuk penambahbaikan dan pemurniaan sesuatu kajian.

vii. perbincangan- perbincangan di sini bermaksud, apabila guru telah berjaya menyelasaikan atau mengatasi masalah yang dihadapi murid, maka satu perbincangan dengan guru lain akan dilakukan yang bertujuan untuk mengembangkan kajian secara profesional.perkembangan ini boleh dilakukan secara merencanakan melaui jurnal atau artikel.


KERANGKA OPERASIONAL KAJIAN



-dalam kerangka operasional, kajian di mulakan dengan input iaitu mengenalpasti masalah kajian yang melihat kepada masalah yang terdapat di bilik darjah.

-proses pula melihat kepada kerangka atau model yang telah dibina untuk menjalankan kajian ini.dua bulatan dalam peringkat proses merupakan lingkaran kerangka konseptual yang dijalankan oleh pengkaji.jika, masalah dapat diselesaikan pada lingkaran pertama, maka lingkaran kedua tidak akan dilaksanakan. tetapi, jika masih terdapat atau timbul masalah pada lingkaran pertama, maka lingkaran kedua akan dijalankan. proses ini akan berterusan sehingga pengkaji berpuas hati pada kajian atau data kajian yang dijalankan.

-output-output di sni melihat hasil kajian iaitu data yang diperolehi mencapai objektif kajian dan menjawab segala persoalan kajian.

0 comments: