TAJUK BUKU: ACTION RESEARCH IN HIGHER EDUCATION-examples and reflections.
Buku ini bertujuan untuk meningkatkan praktikal, kemahiran dan situasi dalam pengajaran dan pembelajaran bagi pensyarah dan pelajar di institusi pendidikan tinggi.
Buku ini mengandungi tiga bahagian utama iaitu kajian tindakan dalam pendidikan tinggi (Bab 1), contoh-contoh kajian tindakan (Bab 2-4) dan refleksi tentang kajian tindakan (Bab 5-6).
Mengenal masalah kajian tindakan
Masalah merupakan satu perkara yang hendak dicari jalan penyelesaiannya.sesuatu yang didapati tidak memuaskan, belum diselesaikan, terdapat kesukaran, sesuatu yang perlu diubah, sesuatu berjalan tidak seperti yang diharapkan. Melibatkan sesuatu yang menjadi perhatian, prihatin , minat penyelidik, keadaan yang hendak dipertingkatkan, kesukaran yang hendak dihapuskan, persoalan yang hendak dicari jawapannya. Oleh itu bukanlah satu perkara yang mudah bagi seseorang penyelidik untuk membina satu masalah yang mudah, ringkas, jelas dan lengkap.
Masalah penyelidikan pada asasnya dimulakan dengan persoalan yang merupakan fokus atau tumpuan utama kepada penyiasatan penyelidikan.Mengenal pasti masalah kajian tindakan dalam buku ini pengkaji melakukan beberapa perkara dalam mengenalpasti masalah kajian tindakan.
1. Pensyarah pada awalnya( permulaan semester) mengnalpasti personal, motivasi dan keperluan sosial pelajar serta menyediakan persekitaran sokongan melalui bengkel perbincangan.
2. Membincangkan masalah utama yang dihadapi oleh pelajar dalam menjalankan kajian dalam bengkel tersebut.
3. Meningkatkan kesedaran pelajar terhadap pelbagai pendekatan epistimologi dan method kajian dalam "problem and method of research" yang mana lebih menekankan perbincangan dan tidak melalui syarahan
4. Membantu pelajar membina kajian yang berkesan melalui "learning conversation"
yang mana fokus pensyarah pada masa ini ialah menumpukan proses research yang dilakukan oleh pelajarnya. dari sinilah pensyarah mengenalpasti masalah kajian tindakan tersebut yang mana dia cuba untuk mengatasi masalah yang ditemui itu dengan cara meningkatkan latihan dalam pengajian tinggi ini yang mana pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan perlulah lebih bermakna yang mana ianya akan dapat diaplikasikan dalam satu-satu situasi baru nanti.
0 comments:
Post a Comment