Saturday, November 21, 2009

AKTIVITI 9: TUGASAN 4- MINI KAJIAN TINDAKAN

TAJUK MINI KAJIAN TINDAKAN: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN MENGGUNAKAN KAEDAH PEMBELAJARAN INKUIRI(PENEMUAN) BERASASKAN BAHAN MAUJUD.

MATLAMAT KAJIAN

- Penerapan pembelajaran secara KBKK kepada pelajar.

OBJEKTIF KAJIAN

i) Menggalakkan pelajar aktif berfikir berdasarkan penerokaan.

ii) Menggalakkan pembelajaran secara 'thing pair share'.

iii) Meningkatkan kreativiti dan keyakinan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

PENYATAAN MASALAH

i) Pelajar malas berfikir semasa proses pengajaran dan pembelajaran sebaliknya lebih suka menerima atau mendengar pengajaran daripada guru.

ii) Proses pengajaran dan pembelajaran lebih kepada teknik berpusatkan guru.

PERSOALAN KAJIAN

- Adakah kaedah inkuiri ini dapat memperlihatkan kreativiti pelajar di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

AKTIVITI 8 : TUGASAN 4- MINI KAJIAN TINDAKAN

CADANGAN UNTUK MENGATASI KELEMAHAN PENGAJARAN-PENGAJARAN SUBJEK BERKENAAN, BERDASARKAN:

i) Cadangan secara individu:


-Guru harus menggunakan arahan yang tepat atau sesuai supaya pelajar benar-benar faham dengan kehendak pembelajaran. Sebelum memulakan pengajaran, pelajar pasti akan tertanya-tanya apa yang apa dipelajari pada hari ini. Apabila guru mula masuk ke dalam kelas terutamanya guru yang menggunakan kaedah inkuiri ini, maka guru harus memberi penerangan atau arahan yang jelas dan tepat dengan menggunakan bahasa yang di fahami agar pelajar dapat memahami apa yang kehendak pembelajaran pada hari tersebut. Selain itu, guru harus tahu apa yang harus dilakukan oleh pelajar dan apa peranan guru semasa proses pembelajaran sedang dijalankan iaitu lebih kepada teknik "scafolding" agar pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.



ii) Cadangan secara kumpulan :

- Guru harus memberi fokus kepada pembelajaran ke arah berpusatkan pelajar agar objektif pembelajaran pada hari tersebut tercapai. Apabila guru lebih banyak bercakap berbanding membantu, maka pembelajaran yang pada asalnya lebih fokus ke arah berpusatkan pelajar akan lebih ke arah berpusatkan guru. Semasa proses pembelajaran, guru harus menjadi pembimbing kepada pelajar agar pelajar dapat meneroka sendiri pembelajaran.

iii) Cadangan kumpulan lain:

- Guru harus bijak memantau pelajar agar semua pelajar bekerjasama dalam melaksanakan tugas yang di beri. Guru harus peka terhadap setiap pelajarnya agar semua pelajar dapat menjalankan pembelajaran secara inkuiri ini. Ini amat penting kerana, setiap apa yang akan di pelajari pelajar pada hari tersebut adalah bergantung kepada pemahaman dan penerimaan pelajar sendiri terhadap pembelajaran tersebut.

iv) literatur review

AKTIVITI 7:TUGASAN 4- MINI KAJIAN TINDAKAN

KELEMAHAN PENGAJARAN-PENGAJARAN SUBJEK BERKENAAN, BERDASARKAN:

i) Pengalaman / refleksi individu:

- Melalui pengalaman saya, semasa guru menggunakan kaedah inkuiri semasa proses pembelajaran, pelajar akan keliru dengan apa yang di kehendaki oleh guru. Maka kebanyakkan pelajar akan meminta contoh-contoh daripada guru sebelum memulakan pembelajaran.Terdapat juga pelajar yang tidak langsung membuat apa-apa tindakan kerana tidak mampu meneroka sesuatu perkara tanpa bantuan guru. pelajar ini akan ketinggalan dalam pelajaran.
-Contohnya, dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, pelajar pasti akan meminta guru menerangkan terlebih dahulu apa yang hendak dilakukan. Misalnya dalam penulisan karangan. contoh dan maklumat dari guru amat penting untuk kefahaman palajar.
ii) Pengalaman / refleksi kumpulan:
- Walaupun guru bertujuan untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara inkuiri iaitu berpusatkan pelajar pada awalnya, tetapi pada akhir pengajaran ia lebih dilihat kepada pengajaran dan pembelajaran secara berpusatkana guru.
iii) Pengalaman / refleksi kumpulan:
-kebanyakan subjek-subjek ini lebih menekankan teacher centred yang mana pelajar hanya terima bulat-bulat apa yang diberi oleh guru dan menghafal apa yang diberi oleh guru tersebut apabila peperiksaan. pelajar hanya hafal tanpa memahami kandungan sebenar pengajaran subjek berkenaa.

iv) literatur review

AKTIVITI 6: TUGASAN 4-MNI KAJIAN TINDAKAN

KEKUATAN PENGAJARAN SUBJEK BERKENAAN, BERDASARKAN:

PENGALAMAN/REFLEKSI SECARA INDIVIDU

1. Pengalaman saya semasa guru mengajar Kemahiran Hidup menggunakan kaedah penemuan ini apabila kami di beri tugasan untuk menyiapkan sesuatu projek yang memerlukan kami supaya meneroka setiap data untuk mencari maklumat. daripada semua maklumat yang kami perolehi,kami merasa yakin dengan tugasan yang kami lakukan kerana tugasan itu berada dalam kemahiran kami.

2. Pembelajaran saya menjadi lebih bermakna dan saya ingat apa yang telah saya pelajari kerana ia tersimpan di memori jangka panjang saya. ia merupakan maklumat baru dalam diri saya pada masa itu dan saya ingin berkongsi dengan semua rakan.

3. Selain itu, saya tahu tahap potensi dan kemampuan saya kerana saya berjaya menyelesaikan tugasan yang telah di amanah dengan baik.

4. Melalui pembelajaran secara penemuan ini, ia dapat menjana idea saya dan saya dapat menciptasesuatu yang baru, dan setiap penemuan itu akan dihargai oleh guru dan rakan-rakan saya.


PENGALAMAN /REFLEKSI SECARA PASUKAN

1. Melalui kaedah penemuan ini, guru dapat menjalankan pengajaran secara dua hala. Ini bermaksud tidak hanya guru memberi maklumat tetapi terdapat juga maklumat dan pendapat daripada pelajar.Ini dapat mengembangkan minda dan informasi atau kosa kata baru kepada pelajar khususnya dan kepada guru amnya.

PENGALAMAN DARI LUAR PASUKAN

1. Menwujdkan aktiviti pembelajaran di dalam kelas lebih aktif dan pelajar dapat mengembangkan idea serta dapat meneroka sesuatu yang baru.

LITERATUR REVIEW

Jurnal : Student-Centered Teaching Meets New Media: Concept and Case Studypenulis: Andreas HolzingerGraz University Hospital, Institute for Medical Informatics, Statistics, and Documentation (IMI)Engelgasse 13/1, A-8010 Graz, Austria.

Dalam jurnal ini bukti secara empirik menunjukan bahawa pelajar yang yang diberi kebebasan (explore) dalam pembelajaran mereka disamping bimbingan dan sokongan dari guru bukan sahaja mencapai keputusan yang baik dalam akademik, malah meraka dapat membina sosial serta peribadi diri mereka. Dan dikatakan juga pengajaran secara student centred ini memerlukan gabungan komunikasi, organisasi dan bahan bantu dalam pengajaran. ini jelas menunjukan untuk mencapai pembelajaran secara student centred guru-guru perlu lebih kreatif dan inovatif dalam pengajaran dalam bilik darjah yang meliputi aspek komunikasi dan juga bahan bantu mengajar yang digunakan.




Friday, November 13, 2009

AKTIVITI 4: MINI KAJIAN TINDAKAN

TAJUK : PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN MENGGUNAKAN ENQUIRY LEARNING BERASASKAN BAHAN MAUJUD.

NAMA AHLI KUMPULAN:

1.NOR SAHIDA BINTI AGUS SALIM (P 51989)
2. NOR HAPSAH BINTI MOHAMAD ( P 51971)
2. WAN NOOR SYAMIMI BINTI MD NOOR ( P 52013)

SEBAB MEMILIH TAJUK MINI KAJIAN TINDAKAN INI

  1. Untuk menjana minda pelajar

  2. Untuk mewujudkan pembelajaran berpusatkan pelajar

  3. Untuk menjadikan pelajar lebih kreatif dan inovatif

  4. Untuk menggalakan pelajar berfikir diluar kotak fikiran

  5. Untuk menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan menarik kepada pelajar

  6. Membolehkan apa yang dipelajari disimpan dalam long term memori.


PERMASALAHAN KAJIAN:

1. Pelajar berkeperluan khas sukar menjana idea atau berimaginasi untuk mengeluarkan idea dalam pembelajaran.

2. Semua pelajar berkeperluan khas memerlukan bantuan pratikal untuk mendapat gambaran sebenar tentang sesuatu proses.

3. Pelajar berkeperluan khas sukar untuk berfikir secara kreatif dan inovatif.

PESERTA KAJIAN

1.Pelajar-pelajar Diploma Pendidikan Lepas Ijazah

SETTING KAJIAN

1.Di dalam bilik darjah/ dewan kuliah.

Saturday, November 7, 2009

AKTIVITI 2 : ULASAN JURNAL

JURNAL 1 : Action Research on the Development of a Caring Curriculum inTaiwan: Part II.

Penulis: Jane Lee-Hsieh,MSN,RN;Chien-Lin Kuo,MS,RN;Michael A.Turton,MA;Chin-Lung Hsu,MS;and Hsiu-Chi Chu, MS

ABSTRAK

Kajian yang bertujuan untuk menarik minat pelajar Tahun 3 Program Ijazah Kejururawatan di Taiwan dalam subjek Kursus Kurikulum Penjagaan. Metodolgi yang digunakan adalah melalui pelbagai strategi yang melibatkan kaedah main peranan, berdialog, perbincangan, jurnal, simulasi, pembacaan dan projek yang melibatkan pengaplikasian kemahiran penjagaan di luar bilik darjah.Hasil kajian menunjukkan bahawa cara atau kaedah pemusatan pelajar lebih sesuai untuk menarik minat pelajar dalam kurikulum ini.

KAJIAN

Kajian tindakan ke atas perkembangan Kurikulum Penjagaan di Taiwan.

PERMASALAHAN KAJIAN

Melihat perkembangan, bentuk, perlakasaan dan penilaian berkenaan kos kurikulum penjagaan.

SAMPLE KAJIAN DAN SETTING KAJIAN

1.Melibatkan 800 pelajar dengan 16 orang instraktur pelatih daripada pelbagai jabatan.
kajian ini menglibatkan peserta-peserta kajian tindakan untuk meningkatkan dan mengembangkan tahap pengajaan dalam kursus Pengapliksian Konsep Penjagaan.

2. Peserta terdiri daripada 4 orang penulis artikel bersama-sama 12 orang instrktur daripada pelbagai jabatan di universiti.

3.Kajian di jalankan di Fooyin University, Kaohsiung.

PROSEDUR KAJIAN

1. Kualiti data kajian ini diperolehi melalui syarahan kuliah, interview, dokumen kurikulum (nota kuliah, tugasan pelajar dan ujian), rakaman tentang perbincangan kurikulum dan soal-jawab secara terbuka.

2. 16 orang instraktur yang terdiri daripada pelbagai jabatan iaitu jabatan kejururawatan (9 orang), psikologi (3 orang), sosiologi (2 orang), biologi (1 orang), pendidikan (1 orang) yang dilatih untuk kursus tersebut.

3. Melibatkan beberapa proses:
i) T ahap perancangan(Jun 2003 hingga Jun 2004)- pengkaji menjemput sarjana daripada universiti lain untuk memberi seminar dan bengkel berkenaan konsep dan pengajaran kejururawatan.

ii) Tahap perangkaan ( Jun 2004 hingga Januari 2005)- kesemua 16 orang instraktur mencari dan mengumpul bahan atau data berkenaan kursus melalui seminar dan bengkel untuk dijadikan bahan rujukan semasa proses pengajaran.

iii) Tahap pelaksanaan ( September 2004 hingga Januari 2005)- strategi pengajaran berpusatkan pelajar dikumpul yang merangkumi syarahan kuliah, main peranan, dialog, kumpulan penjagaan, kemahiran spesifik melalui latihan dalam kelas dan perlaksanaan sikap penjagaan di luar kelas. refleksi dilihat melalui pengalaman pelajar yang dikongsi bersama-sama dengan rakan-rakan dan instraktur.

iv) Tahap penilaian ( September 2004 hingga Julai 2005)-penilaian menfokuskan kepada 3 bahagian prestasi pelajar:
-pengetahuan penjagaan yang dinilai melalui penulisan tesis, jurnal dan laporan kumpulan.
- sikap penjagaan yang dinilai melalui penyertaan dalam kelas.
- tindakan atau tingkah laku penjagaan yang dinilai melalui metodologi kualitatif dan kuantitatif. kualitatif yang dinilai melalui jurnal dan laporan projek dalam kumpulan yang kecil dan penganalisisan tentang kandungan analisis. kuantitatif pula dinilai melalui latihan penjagaan selama 3 bulan iaitu dari Mac 2005-Jun 2005.

PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA KAJIAN

1. Data di kumpul dan dianalisis berdasarkan keempat-empat tahap tersebut.

PAPARAN HASIL KAJIAN

1. Melalui penerangan dan huraian berkenaan keputusan laporan projek dalam kumpulan yang kecil tentang refleksi projek yang dijalankan mengikut tema yang telah diberikan.

JURNAL 2 :Action Research in Language Teacher Education
Penulis: Christine Thorne dan Wang Qiang.


ABSTRAK

Refleksi daripada para guru merupakan satu perkara penting dalam bidang pendidikan. Ini dipercayai bahawa, ia boleh meningkatkan atau menggalakkan penguasaan guru-guru untuk meningkatkan peratus peperiksaan dan nilai tradisional atau kaedah yang pelbagai, dan reflek tentang pengajaran mereka sendiri dalam pengalaman dan pengetahuan teori yang mereka perolehi daripada pembacaan yang profesional dan program pendidikan guru-guru. Artikel ini memfokuskan kepada pelaksanaan dan pembangunan kajian tindakan dalam projek di Beijing Normal University iaitu Sino-British MA dalam Program Bahasa Inggeris.Tujuan projek ini adalah untuk memperkenalkan kajian tindakan kepada guru-guru bahasa Inggeris di China bagi menggalakkan refleksi tentang pengajaran dan penyelidikan di dalam kelas serta menjadi jambatan atau penghubung di antara teori-teori dengan pratikal di dalam dunia realiti sebenar di dalam bilik darjah.


PERMASALAHAN MASALAH

Guru bahasa Inggeris di China kurang menjalankan kajian tindakan untuk meningkatkan tahap kemahiran bahasa terutamanya dalam diri mereka sendiri.menggalakkan pengaplikasian teori yang telah dipelajari di dalam kelas.

SAMPLE KAJIAN DAN SETTING KAJIAN

1. Guru-guru bahasa Inggeris di China terutamanya di kawasan pendalaman.

PROSEDUR KAJIAN

1. Mengenalpasti masalah melalui refleksi daripada guru-guru, catatan guru-guru dan catatan pelajar.

2. Membuat pemerhatian melalui penilaian data yang terkumpul.

3. Mencari formula atau kaedah atau teknik yang sesuai untuk menyelesaikan masalah berdasarkan masalah yang telah dikenalpasti.

4. Mengumpul dan menilai data dengan membuat keputusan atau melihat kesan daripada kaedah atau teknik yang telah dipilih.

PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA

1. variasi data melalui peperiksaan yang melibatkan pelbagai teknik seperti study case, teknik audio dan video, catatan guru dan pelajar, soal selidik, temu bual dan pemerhatian di dalam kelas.

2. Melalui soal selidik terhadap guru-guru yang telah berpengalaman lama dalam mengajar bahasa inggeris di pendalaman. data terdiri daripada pengalaman, analisis terhadap pengajaran di dalam kelas, persediaan pengajaran, menulis laporan dan kesan daripada cara pengajaran yang mereka gunakan.

3. Data diperolehi melalui perbincangan atau temu bual, analisis kritikal yang melibatkan sampel daripada catatan pelajar, temu bual dan pemerhatian.

PAPARAN HASIL KAJIAN

1. Hasil kajian dipaparkan secara kuantitatif di mana ia melihat pengaruh atau kesan penggunaan kajian tindakan terhadap guru-guru bahasa Inggeris di kawasan pendalaman di China iaitu;
i. Meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran para guru.
ii. Meningkatkan kemahiran peyelidikan di dalam kelas.
iii. Meningkatkan kesedaran dan sensitiviti tentang persekitraan atau situasi di dalam kelas.
iv. Mevariasikan aktiviti di dalam kelas.


JURNAL 3: TEACHING PORTFOLIOS (Tools For Reflective Teaching in Inner-City Teacher Induction)

Penulis: Ann L.Wood

PERMASALAHAN KAJIAN

- Melihat bagaimana guru mengaplikasikan teknik berpusatkan pelajar dalam pembelajaran.

SAMPLE KAJIAN DAN SETING KAJIAN

- 17 orang guru novis (14 orang guru perempuan dan 3 orang guru lelaki) yang berpengalaman selama 1 hingga 2 tahun sebagai seorang guru.
- Kajian di lihat daripada Beginning Educator Seminars on Teaching (B.E.S.T) iaitu program kolaborasi antara satu kumpulan besar guru sekolah dalam satu daerah dan guru-guru program pendidikan universiti di barat.

PROSEDUR KAJIAN

-Menggunakan pendekatan fenomenalogikal iaitu pembelajaran berdasarkan pengalaman melalui analisis kualitatif dan statistik deskriptif.
- Menggunakan kaedah pemerhatian, temu ramah, analisis daripada refleksi dan pengajaran di dalam kelas, soal selidik dan penilaian program.
- Berdasarkan kaedah 'reflection -on-action- guru menganalisis, membuat sintesis dan menilai sejauhmana guru berjaya melakukan proses pengajaran dan pembelajaran secara berpusatkan pelajar.

PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA

-data di kumpul secara ' triangulation' berdasarkan imformasi daripada sumber-sumber kajian.
-data juga dikumpul melalui pemerhatian secara formal daripada guru-guru yang berpengalaman iaitu daripada B.E.S.T yang dilakukan pada setiap bulan.

PAPARAN HASIL KAJIAN

- Paparan data di analisis secara kualitatif iaitu dengan melihat refleksi secara individu dia antara guru-guru sekolah di beberapa daerah dan guru-guru novis.

Jurnal 4: The Role of Acion Research in Fostering Culturally-Responsive Practices in a Preschool Classroom.

Author: Mariana Souto-Manning and Christina Hanson Mitchell, 2009

Fokus kajian

Kajian ini adalah tentang menggalakkan pengajaran yang berkaitan dengan budaya. Analisis dilakukan terhadap perubahan persepsi guru pendidikan awal kanak-kanak tentang apa yang dimaksudkan dengan menceburkan atau melibatkan diri di dalam pengajaran berkaitan budaya serta perasaan menghormati terhadap kepelbagaian budaya. Tujuan kajian ini adalah untuk membolehkan kanak-kanak prasekolah menceburkan diri di dalam amalan etnik dan budaya yang berbeza dari keluarga, rumah dan masyarakat mereka di sekolah. Penjelajahan pengkaji menyoroti amalan dan proses yang terdapat dalam konteks sosial, sejarah dan budaya.
Jurnal 5: Adaptive Use Patterns of Secondary School Classroom Environments.

Author: Aleksander Sztejnberg, 2006

Fokus kajian
Kajian ini adalah untuk menyiasat bagaimana guru sekolah menengah menyesuaikan diri memanfaatkan pembelajaran dalam persekitaran bilik darjah. Pendekatan ini menjelaskan hubungan intim antara gaya mengajar, gaya belajar dan penyesuaian penggunaan ruang sebaik untuk pembelajaran persekitaran yang berbeza. Dua kaedah utama yang digunakan dalam kajian ini. Kaedah pertama ialah merekod pemerhatian ruang (mapping). Kaedah kedua melibatkan dua soal selidik iaitu Principles of Adult Learning Scale (PALS) dan Questionnaire of the Classrooms' Physical Properties.
Jurnal 6: Early Childhood Assessment: A Correlation Study of the Relationship Among Student Performance, Student Feeling and Teacher Perceptions

Fokus kajian
Penilaian prasekolah pada hari ini kekurangan kebolehan untuk menangkap perbezaan pelaksanaan dan skil pemikiran yang kompleks. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perhubungan di antara persembahan pelajar, perasaan pelajar dan persepsi guru ketika mereka mengaplikasikan penggunaan penilaian pelaksanaan formal ketika penyediaan di prasekolah.
JURNAL 7: Using Action Research To Teach students To manage team Learning and Improve Teamwork Satisfaction.

Kajian Tindakan : strategi yang boleh digunakan oleh pelajar untuk meningkatkan skill/teknik dalam menguruskan pembelajaran secara kumpulan.

Masalah yang dijalankan kajian:
1) proses pembentukan kumpulan
2) Tanggapan dari rakan sekumpulan
3) penyelarasan aktiviti tugasan antara kumpulan

Sample kajian : 2 kumpulan pelajar dari bidang pengurusan ( kumpulan 1: 196 pelajar) dan (kumpulan 2 : 114 pelajar)

Setting kajian : Universiti

Pengumpulan data :pengumplan data dibuat dalam tempoh 16 minggu dari awal hingga akhir semester, untuk mengetahui apa kekuatan dan kelemahan pelajar yang dibawa dalam kumpulan dan strategi yang boleh digunakan untuk meningkatkan kerja secara kumpulan pengumpulan data adalah secara soal selidik melalui solalan-soalan berkaitan dengan penglibatan mereka dalam kumpulan.

Paparan kajian: dalam bentuk Jadual.
JURNAL 8 : A Collaburative Action Research Project in Inclusion Setting: Assisting A blind Student.

Kajian Tindakan :Projek menginklusifkan pelajar yang cacat penglihatan ke dalam ke kelas pelajar tipical dengan menggunakan co-teaching sheme, yang mana tujuanya adalah untuk memberikan inklusif yang terbaik kepada pelajar cacat penglihatan melibatkan diri dalam aktiviti di kelas seperti pelajar tipical yang lain. untuk melaksanakan kajian tindakan ini 2 orang guru bekerjasama dalam memberikan pengajaran kepada Nafeli (sample). yang mana seorang guru mengajar dihadapan kelas dan seorang lagi guru yang pakar dalam braile akan duduk disebelah nafeli untuk membantunya, dan guru ini juga akan menyediakan bahan bantu mengajar yang khusus untuk Nafeli bagi membolehkanya menjalani p&p guru seperti biasa serta dapat melakukan tugasan-tugsan yang ada dalam buku teks.

Masalah yang dijalankan kajian: inklusifkan pelajar yang cacat penglihatan ke dalam kelas pelajar tipical yang lain dengan mengikuti sesi p&p yang sama dengan pelajar lain.

Sample kajian: melibatkan seorang pelaja yang bernama Nafeli berumur 12 tahun 8 bulan.

Setting kajian: di sekolah

Pengumpulan Data: pengumpulan data adalah selama 6 bulan yang mana data dikumpul melalui interview yang dilakukan ke atas guru besar, guru kelas, guru yang membantu dalam kelas dan nafeli sendiri. data juga turut dikumpul melalui pemerhatian.

Model: kajian ini menggunakan model Kemmis & McTaggart yang mana ia melibatkan fasa perancangan dan pemerhatian, fasa refleksi dan replaning semula serta fasa perbincangan untuk mendapatkan keputusan dan membuat penilaian.

AKTIVITI 1: APA ITU KAJIAN TINDAKAN?

TAJUK BUKU : ACTION RESEARCH IN HIGHER EDUCATIONAUTHOR: ORTRUN ZUBER-SKERRITT.






Apa itu kajian tindakan ?




Menurut buku ini kajian tindakan boleh disimpulkan berdasarkan model CRAPS:


Critical-masalah yang hendak dikaji.menyediakan satu penyelesaian yang praktikal terhadap masalah yang ditemui.

Reflective- membuat refleksi dalam masalah terutamanya dalam memilih kajian yang sesuai.membina pengetahuan baru dan mencari cara baru untuk menguji pengesahan.

Accountable- bertanggungjawab untuk mencari jalan penyelesaian masalah melalui keputusan penyelidikan yang dijalankan.

Self-evaluating - membuat penilaian kendiri iaitu mempraktikan dan mengaplikaskan dalam proses mengumpul dan mentafsir data untuk membuktikan kaedah atau teknik yang digunakan.

Participative- perkembangan secara berterusan terhadap tindakan yang diamalkan ke tahap yang lebih profesional.

Pengkaji/pensyarah mengenal pasti masalah telebih dahulu berdasarkan refleksi yang dilakukan dalam proses pengajaran yang dijalankan, kemudian pengkaji ini sendiri akan cuba mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang ditemui dan mempraktikkan apa yang telah ditemui tersebut untuk meningkatkan lagi pengajaran mereka. Di sini pesyarah akan akan sentiasa melakukan refleksi terhadap pengajaran yang dilakukan untuk melakukan penambahbaikan terhadap masalah yang ditemui. Secara ringkasnya buku ini menyatakan bahawa kajian tindakan ialah menyediakan penyelesaian yang praktikal terhadap masalah yang ditemui.


ULASAN BUKU



Buku ini bertujuan untuk meningkatkan praktikal, kemahiran dan situasi dalam pengajaran dan pembelajaran bagi pensyarah dan pelajar di pendidikan tinggi.Buku ini mengandungi tiga bahagian utama iaitu kajian tindakan dalam pendidikan tinggi (Bab 1), contoh-contoh kajian tindakan (Bab 2-4) dan refleksi tentang kajian tindakan (Bab 5-6).



Bab 1

Menerangkan secara ringkas tentang perkaitan berkenaan ciri-ciri kajian tindakan dan teori-teori yang berkaitan dengan proses dan prosedur kajian tindakan. i juga menyediakan pembuktian tentang kajian tindakan, sebab mengapa ia perlu di praktikkan di dalam pendidikan tinggi. model CRASP dan kerangka teorikal di bincangkan dengan lebih detail dalam buku Professional Development in Higher Education-A Theoretical Framework For Action Research, 1992. Buku ini menerangkan tentang contoh -contoh dan refleksi tentang peningkatan pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan tinggi.

Bab 2

Menjelaskan tentang kemahiran yang boleh digunakan oleh pelajar untuk membangunkan diri mereka sebagai pelajar pendidikan tinggi secara sistematik dan intergrasi dengan pelajar di dalam program selaras dengan aktiviti pembelajaran. Study case daripada Griffith University membincangkan pengalaman pelajar dalam mengamalkan prinsip pembelajaran berasaskan penyelidikan iaitu "pembelajaran dengan penyelidikan" dan "melalui perbincangan" dalam "menyelesaikan masalah" dan " mendalami maksud pendekatan dalam pembelajaran". Kajian melibatkan bengkel intergrasi pelajar kemahiran pembelajaran dan penyelesaian masalah dalam program tahun satu. Walaupun program kemahiran pembelajaran ini menunjukkan respon pada masalah pelajar dalam Griffth University, ia boleh menjadi bahan bacaan dan boleh di adaptasi dalam konteks pendidikan untuk pendidikan tinggi di institusi lain.


Bab 3

Bab 3 membincangkan tentang pembangunan sistematik dan intergrasi kemahiran penyelidikan pelajar dalam program lepasan ijazah. case study daripada Griffth University menunjukkan peningkatan projek kajian tindakan dengan guru-guru di universiti, menggambarkan 5 strategi:

i. Memperlihatkan program lepasan ijazah, mengenalpasti maslah pelajar dan jarak antara harapan institusi dan keperluan pelajar.

ii. Model bengkel untuk meningkatkan kemahiran dalam penyelidikan dan penulisan tesis.

iii. Fokus dalam dua masalah utama dalam proses penulisan tesis.

iv. Mereka, melaksana dan menilai sebab dalam kos 'Masalah dan Method dalam Penyelidikan' untuk bakal penyelidik dalam sains sosial sebagai satu model alternatif dan bahan untuk penilai dalam pendidikan lepasan ijazah.

v. Bagaimana penyelidikan membawa perubahan kepada metakognitif pelajar dan membawa kepada kemunculan sesuatu perubahan personal dalam kesan penyelidikan tersebut.

Ia merupakan satu penyelidikan dan pembagunan pendidikan dalam program lepasan ijazah. bab ini juga meneroka tentang sesuatu isu dan mengenalpasti masalah di Griffth University dan tempat-tempat lain. penggunaan metodologi mungkin boleh di adaptasikan dalam mempraktikan konteks pendidikan di institusi pendiddikan tinggi.


Bab 4

Bab 4 menerangkan pengenalan tentang metodologi penyelidikan yang digunakan dalam pendidikan tinggi, di mana ia di gunakan sebagai personal teori dalam beberapa aspek pendidikan tinggi (seperti penyelidikan, pengajaran dan pembangunan profesional) dan di mana ia sebagai satu alternatif lain bagi pengkaji yang masih menggunakan cara atau metodologi tradisional (seperti soal selidik, temu bual atau perbincangan kumpulan). menekan himpunan jaringan teknik Kelly's sebagai andaian teori asas kepada teori. sesetengah contoh memberi gambaran bagaimana metodologi penyelidikan di aplikasikan dalam penyelidikan dan pembagunan pendidikan tinggi dan bagaimana ia mungkin membantu manusia membina semula pengajaran atau peyelidikan mereka.
Bab 5
Menggunakan himpunan jaringan teknologi untuk membina kemunculan personal tentang pembangunan profesional akademik bagi mereka yang terlibat dalam projek kajian tindakan dalam Bab 2 dan Bab 3, Sebagaimana mereka yang terlibat dalam pembagunan aktiviti. keputusan menandakan bahawa mereka yang terlibat dalam penyediaan tesis merupakan metodologi yang efaktif dalam pembanguan profesional.
Bab 6
Bab 6 menerangkan tentang refleksi sebagai pembimbing dalam pendidikan tinggi. ia melibatkan hubungan semulajadi dalam kajian tindakan:
i. Untuk pelajar mempelajari tentang pembelajaran mereka sendiri dalam kos atau program akademik.
ii. Untuk kakitangan mempelajari tentang pembelajaran pelajar.
iii. Untuk pensyarah mempelajari tentang kedua-dua perkara di atas.


MODEL-MODEL KAJIAN TINDAKAN
  1. Model kemmis & McTaggart 1988

  2. Model Elliott

  3. Model Somekh 1989

  4. Model Ebbutt 1985

  5. Model Mckennan 1994

  6. Model Stringer 2004

Model Kemmiss & McTaggart





Medel Elliott



Model Ebbutt

Model Mckennan


Model Stringer

Bagaimana kajian tindakan di jalankan.

-melalui buku ini, kajian tindakan dijalankan berdasarkan kepada maksud kajian tindakan ini sendiri iaitu menggunakan model CRASP.

-secara ringkasnya , ia dijalankan secara:

i. mengenalpasti masalah secara penemuan kolaburatif yang dilakaukan berdasarkan refleksi ke atas pengajaran yang di lakukan.

ii. pengkaji bertanggungjawab mencari penyelesaian terhadap masalah yang ditemui.

iii. pengkaji pengaplikasikan kaedah atau teknik yang ditemui untuk penyelesaian masalah tersebut.

iv. pengkaji terlibat secara langsung dalam kajian yang dijalankan.

PROSEDUR ATAU BAGAIMANA KAJIAN TINDAKAN DIJALANKAN


1. Mengenalpasti masalah dalam kokurikulum


2. Mencari strategi penyelesaian bagi masalah yang ditemui


3. Melakasanakan strategi penyelasaian yang ditemui


4. Menilai strategi yang telah digunakan


5. Membuat refleksi keputusan secara kumpulan


6. Membuat kesimpulan/ ada masalah baru yang ditemui


7. Jika ada masalah baru yang ditemui ulang semula step awal kajian ini, sehingga pengkaji berpuas hati dengan peningkatan yang diperolehi


8. Membuat laporan dapatan yang mereka temui, laporan dalaman ke jawatankuasa program sekolah (School of Modern Asian Studies) kemudian jawatankuasa tersebut akan berbincang dan membuat keputusan sama akan ulang semual proses kajian yang dijalankan ataupun jika terjamin strategi atau ditulis sebagai kertas penyelidikan pertamanya akan dibentang dan dibincangkan dalam konferens dan kemudian disemak dan disumit sebagai jurnal untuk pengajian tinggi.


Atau dengan kata lainya pensyarah di Universiti ini akan mengikuti proseder kajian tindakan yang diperkenalkan oleh Kemmis yang mana meliputi proses perancangan, tindakan, penilaian dan juga refleksi.