Saturday, November 21, 2009

AKTIVITI 7:TUGASAN 4- MINI KAJIAN TINDAKAN

KELEMAHAN PENGAJARAN-PENGAJARAN SUBJEK BERKENAAN, BERDASARKAN:

i) Pengalaman / refleksi individu:

- Melalui pengalaman saya, semasa guru menggunakan kaedah inkuiri semasa proses pembelajaran, pelajar akan keliru dengan apa yang di kehendaki oleh guru. Maka kebanyakkan pelajar akan meminta contoh-contoh daripada guru sebelum memulakan pembelajaran.Terdapat juga pelajar yang tidak langsung membuat apa-apa tindakan kerana tidak mampu meneroka sesuatu perkara tanpa bantuan guru. pelajar ini akan ketinggalan dalam pelajaran.
-Contohnya, dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, pelajar pasti akan meminta guru menerangkan terlebih dahulu apa yang hendak dilakukan. Misalnya dalam penulisan karangan. contoh dan maklumat dari guru amat penting untuk kefahaman palajar.
ii) Pengalaman / refleksi kumpulan:
- Walaupun guru bertujuan untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara inkuiri iaitu berpusatkan pelajar pada awalnya, tetapi pada akhir pengajaran ia lebih dilihat kepada pengajaran dan pembelajaran secara berpusatkana guru.
iii) Pengalaman / refleksi kumpulan:
-kebanyakan subjek-subjek ini lebih menekankan teacher centred yang mana pelajar hanya terima bulat-bulat apa yang diberi oleh guru dan menghafal apa yang diberi oleh guru tersebut apabila peperiksaan. pelajar hanya hafal tanpa memahami kandungan sebenar pengajaran subjek berkenaa.

iv) literatur review

0 comments: