Saturday, November 7, 2009

AKTIVITI 2 : ULASAN JURNAL

JURNAL 1 : Action Research on the Development of a Caring Curriculum inTaiwan: Part II.

Penulis: Jane Lee-Hsieh,MSN,RN;Chien-Lin Kuo,MS,RN;Michael A.Turton,MA;Chin-Lung Hsu,MS;and Hsiu-Chi Chu, MS

ABSTRAK

Kajian yang bertujuan untuk menarik minat pelajar Tahun 3 Program Ijazah Kejururawatan di Taiwan dalam subjek Kursus Kurikulum Penjagaan. Metodolgi yang digunakan adalah melalui pelbagai strategi yang melibatkan kaedah main peranan, berdialog, perbincangan, jurnal, simulasi, pembacaan dan projek yang melibatkan pengaplikasian kemahiran penjagaan di luar bilik darjah.Hasil kajian menunjukkan bahawa cara atau kaedah pemusatan pelajar lebih sesuai untuk menarik minat pelajar dalam kurikulum ini.

KAJIAN

Kajian tindakan ke atas perkembangan Kurikulum Penjagaan di Taiwan.

PERMASALAHAN KAJIAN

Melihat perkembangan, bentuk, perlakasaan dan penilaian berkenaan kos kurikulum penjagaan.

SAMPLE KAJIAN DAN SETTING KAJIAN

1.Melibatkan 800 pelajar dengan 16 orang instraktur pelatih daripada pelbagai jabatan.
kajian ini menglibatkan peserta-peserta kajian tindakan untuk meningkatkan dan mengembangkan tahap pengajaan dalam kursus Pengapliksian Konsep Penjagaan.

2. Peserta terdiri daripada 4 orang penulis artikel bersama-sama 12 orang instrktur daripada pelbagai jabatan di universiti.

3.Kajian di jalankan di Fooyin University, Kaohsiung.

PROSEDUR KAJIAN

1. Kualiti data kajian ini diperolehi melalui syarahan kuliah, interview, dokumen kurikulum (nota kuliah, tugasan pelajar dan ujian), rakaman tentang perbincangan kurikulum dan soal-jawab secara terbuka.

2. 16 orang instraktur yang terdiri daripada pelbagai jabatan iaitu jabatan kejururawatan (9 orang), psikologi (3 orang), sosiologi (2 orang), biologi (1 orang), pendidikan (1 orang) yang dilatih untuk kursus tersebut.

3. Melibatkan beberapa proses:
i) T ahap perancangan(Jun 2003 hingga Jun 2004)- pengkaji menjemput sarjana daripada universiti lain untuk memberi seminar dan bengkel berkenaan konsep dan pengajaran kejururawatan.

ii) Tahap perangkaan ( Jun 2004 hingga Januari 2005)- kesemua 16 orang instraktur mencari dan mengumpul bahan atau data berkenaan kursus melalui seminar dan bengkel untuk dijadikan bahan rujukan semasa proses pengajaran.

iii) Tahap pelaksanaan ( September 2004 hingga Januari 2005)- strategi pengajaran berpusatkan pelajar dikumpul yang merangkumi syarahan kuliah, main peranan, dialog, kumpulan penjagaan, kemahiran spesifik melalui latihan dalam kelas dan perlaksanaan sikap penjagaan di luar kelas. refleksi dilihat melalui pengalaman pelajar yang dikongsi bersama-sama dengan rakan-rakan dan instraktur.

iv) Tahap penilaian ( September 2004 hingga Julai 2005)-penilaian menfokuskan kepada 3 bahagian prestasi pelajar:
-pengetahuan penjagaan yang dinilai melalui penulisan tesis, jurnal dan laporan kumpulan.
- sikap penjagaan yang dinilai melalui penyertaan dalam kelas.
- tindakan atau tingkah laku penjagaan yang dinilai melalui metodologi kualitatif dan kuantitatif. kualitatif yang dinilai melalui jurnal dan laporan projek dalam kumpulan yang kecil dan penganalisisan tentang kandungan analisis. kuantitatif pula dinilai melalui latihan penjagaan selama 3 bulan iaitu dari Mac 2005-Jun 2005.

PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA KAJIAN

1. Data di kumpul dan dianalisis berdasarkan keempat-empat tahap tersebut.

PAPARAN HASIL KAJIAN

1. Melalui penerangan dan huraian berkenaan keputusan laporan projek dalam kumpulan yang kecil tentang refleksi projek yang dijalankan mengikut tema yang telah diberikan.

JURNAL 2 :Action Research in Language Teacher Education
Penulis: Christine Thorne dan Wang Qiang.


ABSTRAK

Refleksi daripada para guru merupakan satu perkara penting dalam bidang pendidikan. Ini dipercayai bahawa, ia boleh meningkatkan atau menggalakkan penguasaan guru-guru untuk meningkatkan peratus peperiksaan dan nilai tradisional atau kaedah yang pelbagai, dan reflek tentang pengajaran mereka sendiri dalam pengalaman dan pengetahuan teori yang mereka perolehi daripada pembacaan yang profesional dan program pendidikan guru-guru. Artikel ini memfokuskan kepada pelaksanaan dan pembangunan kajian tindakan dalam projek di Beijing Normal University iaitu Sino-British MA dalam Program Bahasa Inggeris.Tujuan projek ini adalah untuk memperkenalkan kajian tindakan kepada guru-guru bahasa Inggeris di China bagi menggalakkan refleksi tentang pengajaran dan penyelidikan di dalam kelas serta menjadi jambatan atau penghubung di antara teori-teori dengan pratikal di dalam dunia realiti sebenar di dalam bilik darjah.


PERMASALAHAN MASALAH

Guru bahasa Inggeris di China kurang menjalankan kajian tindakan untuk meningkatkan tahap kemahiran bahasa terutamanya dalam diri mereka sendiri.menggalakkan pengaplikasian teori yang telah dipelajari di dalam kelas.

SAMPLE KAJIAN DAN SETTING KAJIAN

1. Guru-guru bahasa Inggeris di China terutamanya di kawasan pendalaman.

PROSEDUR KAJIAN

1. Mengenalpasti masalah melalui refleksi daripada guru-guru, catatan guru-guru dan catatan pelajar.

2. Membuat pemerhatian melalui penilaian data yang terkumpul.

3. Mencari formula atau kaedah atau teknik yang sesuai untuk menyelesaikan masalah berdasarkan masalah yang telah dikenalpasti.

4. Mengumpul dan menilai data dengan membuat keputusan atau melihat kesan daripada kaedah atau teknik yang telah dipilih.

PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA

1. variasi data melalui peperiksaan yang melibatkan pelbagai teknik seperti study case, teknik audio dan video, catatan guru dan pelajar, soal selidik, temu bual dan pemerhatian di dalam kelas.

2. Melalui soal selidik terhadap guru-guru yang telah berpengalaman lama dalam mengajar bahasa inggeris di pendalaman. data terdiri daripada pengalaman, analisis terhadap pengajaran di dalam kelas, persediaan pengajaran, menulis laporan dan kesan daripada cara pengajaran yang mereka gunakan.

3. Data diperolehi melalui perbincangan atau temu bual, analisis kritikal yang melibatkan sampel daripada catatan pelajar, temu bual dan pemerhatian.

PAPARAN HASIL KAJIAN

1. Hasil kajian dipaparkan secara kuantitatif di mana ia melihat pengaruh atau kesan penggunaan kajian tindakan terhadap guru-guru bahasa Inggeris di kawasan pendalaman di China iaitu;
i. Meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran para guru.
ii. Meningkatkan kemahiran peyelidikan di dalam kelas.
iii. Meningkatkan kesedaran dan sensitiviti tentang persekitraan atau situasi di dalam kelas.
iv. Mevariasikan aktiviti di dalam kelas.


JURNAL 3: TEACHING PORTFOLIOS (Tools For Reflective Teaching in Inner-City Teacher Induction)

Penulis: Ann L.Wood

PERMASALAHAN KAJIAN

- Melihat bagaimana guru mengaplikasikan teknik berpusatkan pelajar dalam pembelajaran.

SAMPLE KAJIAN DAN SETING KAJIAN

- 17 orang guru novis (14 orang guru perempuan dan 3 orang guru lelaki) yang berpengalaman selama 1 hingga 2 tahun sebagai seorang guru.
- Kajian di lihat daripada Beginning Educator Seminars on Teaching (B.E.S.T) iaitu program kolaborasi antara satu kumpulan besar guru sekolah dalam satu daerah dan guru-guru program pendidikan universiti di barat.

PROSEDUR KAJIAN

-Menggunakan pendekatan fenomenalogikal iaitu pembelajaran berdasarkan pengalaman melalui analisis kualitatif dan statistik deskriptif.
- Menggunakan kaedah pemerhatian, temu ramah, analisis daripada refleksi dan pengajaran di dalam kelas, soal selidik dan penilaian program.
- Berdasarkan kaedah 'reflection -on-action- guru menganalisis, membuat sintesis dan menilai sejauhmana guru berjaya melakukan proses pengajaran dan pembelajaran secara berpusatkan pelajar.

PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA

-data di kumpul secara ' triangulation' berdasarkan imformasi daripada sumber-sumber kajian.
-data juga dikumpul melalui pemerhatian secara formal daripada guru-guru yang berpengalaman iaitu daripada B.E.S.T yang dilakukan pada setiap bulan.

PAPARAN HASIL KAJIAN

- Paparan data di analisis secara kualitatif iaitu dengan melihat refleksi secara individu dia antara guru-guru sekolah di beberapa daerah dan guru-guru novis.

Jurnal 4: The Role of Acion Research in Fostering Culturally-Responsive Practices in a Preschool Classroom.

Author: Mariana Souto-Manning and Christina Hanson Mitchell, 2009

Fokus kajian

Kajian ini adalah tentang menggalakkan pengajaran yang berkaitan dengan budaya. Analisis dilakukan terhadap perubahan persepsi guru pendidikan awal kanak-kanak tentang apa yang dimaksudkan dengan menceburkan atau melibatkan diri di dalam pengajaran berkaitan budaya serta perasaan menghormati terhadap kepelbagaian budaya. Tujuan kajian ini adalah untuk membolehkan kanak-kanak prasekolah menceburkan diri di dalam amalan etnik dan budaya yang berbeza dari keluarga, rumah dan masyarakat mereka di sekolah. Penjelajahan pengkaji menyoroti amalan dan proses yang terdapat dalam konteks sosial, sejarah dan budaya.
Jurnal 5: Adaptive Use Patterns of Secondary School Classroom Environments.

Author: Aleksander Sztejnberg, 2006

Fokus kajian
Kajian ini adalah untuk menyiasat bagaimana guru sekolah menengah menyesuaikan diri memanfaatkan pembelajaran dalam persekitaran bilik darjah. Pendekatan ini menjelaskan hubungan intim antara gaya mengajar, gaya belajar dan penyesuaian penggunaan ruang sebaik untuk pembelajaran persekitaran yang berbeza. Dua kaedah utama yang digunakan dalam kajian ini. Kaedah pertama ialah merekod pemerhatian ruang (mapping). Kaedah kedua melibatkan dua soal selidik iaitu Principles of Adult Learning Scale (PALS) dan Questionnaire of the Classrooms' Physical Properties.
Jurnal 6: Early Childhood Assessment: A Correlation Study of the Relationship Among Student Performance, Student Feeling and Teacher Perceptions

Fokus kajian
Penilaian prasekolah pada hari ini kekurangan kebolehan untuk menangkap perbezaan pelaksanaan dan skil pemikiran yang kompleks. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perhubungan di antara persembahan pelajar, perasaan pelajar dan persepsi guru ketika mereka mengaplikasikan penggunaan penilaian pelaksanaan formal ketika penyediaan di prasekolah.
JURNAL 7: Using Action Research To Teach students To manage team Learning and Improve Teamwork Satisfaction.

Kajian Tindakan : strategi yang boleh digunakan oleh pelajar untuk meningkatkan skill/teknik dalam menguruskan pembelajaran secara kumpulan.

Masalah yang dijalankan kajian:
1) proses pembentukan kumpulan
2) Tanggapan dari rakan sekumpulan
3) penyelarasan aktiviti tugasan antara kumpulan

Sample kajian : 2 kumpulan pelajar dari bidang pengurusan ( kumpulan 1: 196 pelajar) dan (kumpulan 2 : 114 pelajar)

Setting kajian : Universiti

Pengumpulan data :pengumplan data dibuat dalam tempoh 16 minggu dari awal hingga akhir semester, untuk mengetahui apa kekuatan dan kelemahan pelajar yang dibawa dalam kumpulan dan strategi yang boleh digunakan untuk meningkatkan kerja secara kumpulan pengumpulan data adalah secara soal selidik melalui solalan-soalan berkaitan dengan penglibatan mereka dalam kumpulan.

Paparan kajian: dalam bentuk Jadual.
JURNAL 8 : A Collaburative Action Research Project in Inclusion Setting: Assisting A blind Student.

Kajian Tindakan :Projek menginklusifkan pelajar yang cacat penglihatan ke dalam ke kelas pelajar tipical dengan menggunakan co-teaching sheme, yang mana tujuanya adalah untuk memberikan inklusif yang terbaik kepada pelajar cacat penglihatan melibatkan diri dalam aktiviti di kelas seperti pelajar tipical yang lain. untuk melaksanakan kajian tindakan ini 2 orang guru bekerjasama dalam memberikan pengajaran kepada Nafeli (sample). yang mana seorang guru mengajar dihadapan kelas dan seorang lagi guru yang pakar dalam braile akan duduk disebelah nafeli untuk membantunya, dan guru ini juga akan menyediakan bahan bantu mengajar yang khusus untuk Nafeli bagi membolehkanya menjalani p&p guru seperti biasa serta dapat melakukan tugasan-tugsan yang ada dalam buku teks.

Masalah yang dijalankan kajian: inklusifkan pelajar yang cacat penglihatan ke dalam kelas pelajar tipical yang lain dengan mengikuti sesi p&p yang sama dengan pelajar lain.

Sample kajian: melibatkan seorang pelaja yang bernama Nafeli berumur 12 tahun 8 bulan.

Setting kajian: di sekolah

Pengumpulan Data: pengumpulan data adalah selama 6 bulan yang mana data dikumpul melalui interview yang dilakukan ke atas guru besar, guru kelas, guru yang membantu dalam kelas dan nafeli sendiri. data juga turut dikumpul melalui pemerhatian.

Model: kajian ini menggunakan model Kemmis & McTaggart yang mana ia melibatkan fasa perancangan dan pemerhatian, fasa refleksi dan replaning semula serta fasa perbincangan untuk mendapatkan keputusan dan membuat penilaian.

0 comments: