KEKUATAN PENGAJARAN SUBJEK BERKENAAN, BERDASARKAN:
PENGALAMAN/REFLEKSI SECARA INDIVIDU
1. Pengalaman saya semasa guru mengajar Kemahiran Hidup menggunakan kaedah penemuan ini apabila kami di beri tugasan untuk menyiapkan sesuatu projek yang memerlukan kami supaya meneroka setiap data untuk mencari maklumat. daripada semua maklumat yang kami perolehi,kami merasa yakin dengan tugasan yang kami lakukan kerana tugasan itu berada dalam kemahiran kami.
2. Pembelajaran saya menjadi lebih bermakna dan saya ingat apa yang telah saya pelajari kerana ia tersimpan di memori jangka panjang saya. ia merupakan maklumat baru dalam diri saya pada masa itu dan saya ingin berkongsi dengan semua rakan.
3. Selain itu, saya tahu tahap potensi dan kemampuan saya kerana saya berjaya menyelesaikan tugasan yang telah di amanah dengan baik.
4. Melalui pembelajaran secara penemuan ini, ia dapat menjana idea saya dan saya dapat menciptasesuatu yang baru, dan setiap penemuan itu akan dihargai oleh guru dan rakan-rakan saya.
PENGALAMAN /REFLEKSI SECARA PASUKAN
1. Melalui kaedah penemuan ini, guru dapat menjalankan pengajaran secara dua hala. Ini bermaksud tidak hanya guru memberi maklumat tetapi terdapat juga maklumat dan pendapat daripada pelajar.Ini dapat mengembangkan minda dan informasi atau kosa kata baru kepada pelajar khususnya dan kepada guru amnya.
PENGALAMAN DARI LUAR PASUKAN
1. Menwujdkan aktiviti pembelajaran di dalam kelas lebih aktif dan pelajar dapat mengembangkan idea serta dapat meneroka sesuatu yang baru.
LITERATUR REVIEW
Jurnal : Student-Centered Teaching Meets New Media: Concept and Case Studypenulis: Andreas HolzingerGraz University Hospital, Institute for Medical Informatics, Statistics, and Documentation (IMI)Engelgasse 13/1, A-8010 Graz, Austria.
Dalam jurnal ini bukti secara empirik menunjukan bahawa pelajar yang yang diberi kebebasan (explore) dalam pembelajaran mereka disamping bimbingan dan sokongan dari guru bukan sahaja mencapai keputusan yang baik dalam akademik, malah meraka dapat membina sosial serta peribadi diri mereka. Dan dikatakan juga pengajaran secara student centred ini memerlukan gabungan komunikasi, organisasi dan bahan bantu dalam pengajaran. ini jelas menunjukan untuk mencapai pembelajaran secara student centred guru-guru perlu lebih kreatif dan inovatif dalam pengajaran dalam bilik darjah yang meliputi aspek komunikasi dan juga bahan bantu mengajar yang digunakan.
REFLEKSI 10 BULAN PROGRAM DPLI UKM
14 years ago
0 comments:
Post a Comment